Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Pendidikan Islam ( Ibadat )
Tahun : 6 Karisma.
Tarikh : 30-10-2011
Masa : 12.10 – 1. 10 Tengahari
Bilangan murid : 35 orang
Tajuk : Konsep puasa
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :-
Aras 1 : Menyatakan pengertian puasa.
Aras 2 : Menyebut lafaz dan niat puasa
Aras 3 : Menyatakan dalil kewajipan berpuasa.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah melakukan ibadat puasa.
Konsep : Menyatakan dan mengingat
Nilai : Berpuasa untuk merasai kesusahan orang yang tidak mempunyai
Makanan .
Bahan Bantu Mengajar : Kad kalimah , gambar, papan gulung.
Kemahiran berfikir : Menyenaraikan.
Membanding beza.
Langkah/ Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti pengajaran danpembelajaran | Catatan/ Alat | |
Aktiviti Guru | Aktiviti murid | |||
Pendahuluan ( 1 minit ) | Bacaan doa | Guru memberi salam dan meminta murid membaca doa. | Semua murid bangun membaca doa. | |
Set induksi ( 4 minit ) | -Gambar mangsa kebuluran di Somalia melalui tayangan slide. | -Guru menyoal murid:- Gambar siapakah yang ditayangkan. -Guru menyoal lagi :- Kenapa mereka berlapar -Berdasarkan jawapan murid guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran iaitu kita diwajibkan berpuasa bagi merasai kelaparan sepertimana orang-orang susah dan tidak mempunyai makanan. | -Beberapa orang murid menjawab soalan guru. -Gambar mansa kebuluran. -Beberapa orang murid menjawab. -Negara mereka tidak mempunyai makanan dan dilanda kemarau yang panjang. | -Gambar melalui slide. |
Langkah 1 ( 10 minit ) | Pengertian puasa:- Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. | -Guru mempamerkan pengertian puasa melalui slide -Guru membaca pengertian puasa sambil diikuti oleh murid. -penerangan guru. | -Bacaan secara individu. -Bacaan secara berkumpulan -Bacaan secara kelas. | -slide pengertian puasa |
Langkah 2 ( 15 minit ) | -Lafaz dan Niat puasa :- -Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala. -Aktiviti menyusun perkataan | -Guru mempamerkan slide lafaz dan niat puasa -Guru membaca lafaz dan niat puasa sambil diikuti oleh murid. -Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan. -Guru Meletakkan kad perkataan di atas meja secara berselerak. -Guru meminta murid memilih perkataan menjadi perkataan lafaz puasa dan niat puasa. | -Bacaan secara individu. -Bacaan secara kumpulan -Bacaan secara kelas. -Latih-tubi membaca dan menghafaz. -Mutid-murid bergerak di dalam kumpulan masing-masing. -Murid-murid menyusun dan menampal perkataan menjadi ayat lafaz dan niat puasa. -Kumpulan yang dapat menyiapkan ayat mereka dengan cepat dikira pemenang. | -Slide lafaz dan niat puasa. -Kad perkataan |
Langkah 3 ( 15 minit ) | -Dalil kewajipan berpuasa | -Guru menayangkan slide dalil kewajipan berpuasa. -Guru membaca sambil diikuti oleh murid -Guru meminta murid menghafaz lafaz dan niat puasa secara individu. | -Murid mengikut bacaan guru. -Bacaan secara kelas. -Bacaan secara kumpulan. -Bacaan secara individu -Latih-tubi membaca dan menghafaz secara individu | |
Penutup ( 5 minit ) | Kesimpulan keseluruhan isi pelajaran. | -pengikuhan. -Guru meminta murid-murid menyebut semula :- 1-Pengertian puasa. 2-Lafaz dan Niat puasa. 3-Dalil kewajipan berpuasa. | -Murid –murid menyebut secara kelas. Murid-murid menyebut secara berkumpulan. -Murid menyebut secara individu. |