11 JENIS MANUSIA DIDOAKAN OLEH MALAIKAT
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  4. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

thumb_mengumpat.jpegMengumpat adalah tabiat yang lazim kepada manusia terutama yang mempunyai sikap iri hati dan dengki atas nikmat yang diperolehi oleh orang lain. Kebanyakan orang yang suka mengumpat ini, ingin menonjolkan diri sendiri dan sentiasa  bersangka buruk terhadap orang lain . Mereka cuba untuk menjatuhkan orang lain untuk mencapai kepentingan diri sendiri.

Orang yang suka mengumpat tidak kenal tentang dirinya dan tidak mempunyai keyakinan diri tentang kebolehan dan tindakannya.  Budaya mengumpat ini biasanya bermula dari rumah . Jika ibu bapa suka mengumpat ,sering tidak puas hati dengan sikap orang sekeliling ,anak-anak akan mengikut tabiat buruk ibu bapa.  Sebenarnya mereka ingin menutup kesalahan dan kelemahan keluarga sendiri dan ingin memberitahu orang lain perasaannya  bukan untuk menyelesaikan  masalah.

              Mengumpat banyak implikasi buruknya seperti memanjangkan rasa permusuhan dan tidak puas hati. Ia boleh menjejaskan hubungan antara individu dan masyarakat selain membesarkan lagi rasa cemburu, iri hati dan dengki. Orang yang beriman sentiasa  bersangka jahat terhadap dirinya. Setiap waktu dirasakan dirinyalah yang berdosa lalu menyibukkan diri dengan urusan memperbaikinya. Contohnya Saiyidina Abu Bakar    sanggup memasukkan seketul batu ke mulutnya semata-mata untuk mengelakkan diri dari berkata yang sia-sia. Lidah dan hatinya sentiasa diajak mengingati Allah.

              Mereka yang tidak beriman,  memperkatakan keburukan orang lan menjadi keseronokan pula. Malah hati merasa puas setelah  dapat melepaskan kata-kata “bak panah beracun” yang pedas dan tepat mengenai sasarannya. Mengumpat itu adalah dosa besar dan lebih berat dari berzina. Allah S.W.T. akan menerima taubat seorang penzina yang bersungguh-sungguh di dalam taubatnya. Tetapi bagi pengumpat, tidak diterima taubatnya sehingga ia meminta maaf    pada orang yang diumpatnya.Sekiranya orang yang diumpat itu telah mati atau tidak diketahui di mana, bacakan istighfar untuknya disamping bertaubat dengan bersungguh-sungguh.

Sabda Rasulullah S.A.W.   :
“Barang siapa yang memalukan saudaranya dengan dosa yang telah ditaubatinya , nescaya ia tidak akan mati sebelum ia mengerjakan dosa itu.”  (Riwayat At-Tarmizi)
Begitulah keadilan yang telah ditunjukkan oleh Allah S.W.T.  Keburukan di sebalik budaya mengumpat itu ialah Allah tidak akan mematikan kita selagi kita tidak mengerjakan dosa yang kita umpatkan itu.

Oleh itu, jagalah tutur bicara kita kerana kita mudah sangat terjebak dengan mengumpat di dalam pergaulan kita sehari-hari. Kadang-kadang dosa dari kejahatan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah kecil berbanding dengan dosa kita mengumpat itu. Dosa-dosa seperti inilah yang kadang kala menghijab kita dari mendapat petunjuk dan pimpinan Allah S.W.T. untuk melaksanakan segala kebaikan.

                                  BAHAYA KHIANAT

Khianat ialah menyimpang ertinya seseorang yang mendapat kepercayaan dari orang lain tetapi ia tidak memenuhi amanat yang diberikan kepadanya. Amanat itu wajib dipelihara dan disampaikan oleh orang yang memperoleh kepercayaan daripada orang lain kepadanya. Orang yang dikatakan khianat ialah apabila dia tidak memenuhi kepercayaan yang diberikan kepadanya…    Perbuatan khianat ini termasuk perbuatan yang terlarang di dalam Islam   dan akan mendapat kemurkaan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. :Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat –amanat yang dipercayakan kepadamu,sedang kamu mengetahui.(Al-Anfal : 27)

Rasulullah S.A.W. bersabda :Maksudnya:    Tunaikanlah amanat kepada orang yang kamu  percaya dan janganlah sekali-kali kamu berkhianat kepada orang yang mengkhianatimu.
Dari ayat dan hadis di atas dapat  diambil pengertian bahawa sifat khianat itu merupakan sifat  yang tercela di dalam Islam dan sesiapa yang melakukannya akan mendapat ancaman di akhirat kelak. Pengkhianat juga sebagai orang yang  keluar dari agama Islam yakni menjadi  orang yang munafik berdasarkan keterangan dari hadis Rasulullah S.A.W.

Mereka menyangka bahawa khianat mereka akan ditelan masa tetapi ianya akan tersebar juga di hadapan manusia. Sepanduknya diangkat sendiri oleh tangan mereka di atas kepala manusia lain pada hari kiamat.Mereka bertambah malu  dan sengsara lagi pada hari kiamat apabila mereka dapati Rasulullah S.A.W. juga menentang mereka walhal di kala itu bagindalah satu-satunya yang diharapkan untuk memberi syafaat di hari yang menggerunkan itu. Mengapakah mereka jadi demikian? Kerana  mereka telah melakukan dosa besar dan inilah yang menghalang mereka dari menerima rahmat Allah, mengharamkannya dari syafaat Rasulullah S.A.W.  yang mulia.

Oleh kerana itu apabila seseorang yang tekun  solatnya, puasanya, banyak beramal soleh tetapi tidak dapat menunaikan amanat  nescaya akan menjadi sia-sialah amal ibadat mereka serta tidak mendapat pahala di sisi Allah S.W.T.Demikianlah ancaman Allah S.W.T. terhadap orang-orang yang berkhianat.

                                BERBOHONG

thumb_bohong.jpegBerbohong atau berdusta ialah mengatakan sesuatu yang berlawanan dengan kenyataan yang diketahuinya. Allah S.W.T. murka dan melaknat orang yang berbohong .

Firman Allah S.W.T.:
Maka Kami meminta agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang bohong (berdusta). Ali Imran 61          

Islam melarang umatnya berbohong dalam percakapan sekalipun dalam senda gurau seharian dengan rakan-rakan. Ia adalah perangai yang sangat buruk dan dibenci oleh  manusia juga Allah S.W.T. Sekiranya kita suka berbohong dan menipu , segala kejujuran dan perbuatan baik yang kita lakukan selamanya akan disangka sebagai suatu pembohongan walaupun perkara yang hendak kita sampaikan itu adalah benar.

                    Berbohong di samping haram hukumnya ia menodai nilai kemanusiaan , menggugat sifat amanah dan merosakkan kemuliaan. Oleh kerana itulah ia tidak mungkin menjadi sifat seorang mukmin. Lantaran itu , Allah S.W.T. menafikan sifat ini dari dimiliki oleh hamba-hambaNya .

Orang yang kita bohongi tentu akan merasa sakit hati dan benci pada kita. Orang yang menipu lidahnya akan diseksa di akhirat kelak. Di akhirat nanti mulut tidak boleh menipu lagi.

Sifat jujur mendapat keredhaan Allah S.W.T. dan sesiapa yang berdusta ia akan menghancurkan dirinya sendiri.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah ia berkata benar atau lebih baik berdiam diri.”

                    Dusta yang dibenarkan dalam Islam hanya bila kita hendak mendamaikan dua pihak yang sedang bermusuhan. Sunat bagi kita berbohong tetapi mestilah kita mempunyai niat untuk mendamaikan mereka. Ikatan persaudaraan adalah perkara yang utama untuk dipertahankan.Selain dari itu berdusta sangatlah ditegah di dalam Islam.



No comments:

Post a Comment